Rabu, 22 April 2009

Azimat Ibunda

Langit kirmizi menghantar dirimu
menuju jalan pulang
hari-hari indah bersamamu
bertabur di tanah kenangan
wajah merona simpati kau tatapi
buat kali terakhir
sedih dan sayu dari kamar atma
mengundang air mata

hanya rindu dan doa buatmu
semoga kau tenang dan bahgia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayah ibu

menumpang di segenap ruang
yang ada di lubuk perkasihan
begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuaanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu
yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini kutanam di lubuk hati yang dalam

di tirai malam aku bersandarkan
pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam
terlena dirajutan rindu
tiada yang terindah di dunia
dapat mengganti hilangmu
pilihan yang terbaik takkan dapat
mengisi relung hatiku....




Bait kata yang menyentuh jiwa
tIaP x dEnGar Nasyid ni
bUatkAn aku nAk tErbAnG bAlik Kampung
Cium Peluk mAk, miNtA MaAf Byk2 dEnGan Mak
rIndU dgn mAk yg Tak dApaT ku LuAh


MAK
jasamu tak mampu ku balas walau sedikitpun,
redhamu penentu kebahagiaanku di dunia dan akhirat,
hanya doa yang mampu ku utuskan kdpNya,
moga redha Allah selalu bersama mak
moga mak sihat untuk jalankan kewajipan sebagai hamba,
moga mak berbahagia di dunia dan akhirat,
moga mak ditunjukkan jalan yg lurus,
moga hati mak tetap teguh dengan Islam,
moga mak menjadi hamba yg solehah disisiNya,
moga mak selalu mengingatiku dlm setiap bisikan doa,
moga mak menyayangi aku selamanya.


MAK
utk setiap deru nafasmu dalam mengasuh dan mendidikku
untuk setiap titisan susu yang kuminum
untuk setiap keringat yang mengalir untuk membesarkanku
untuk kasih-sayang yang aku tahu selalu ada untukku
untuk aliran darah yang mengalir dalam jasadku
untuk setiap detik usiamu yang kau luangkan untukku
sesungguhnya
hanya Allah yang mampu membalasnya
Moga ia diganti syurga di akhirat kelak
Amin Ya Rabb...

-sYuRgaKu Di bAwAh TeLapAk kAkimU-



' Tiada yang terindah di dunia yang dapat menggantikan mu'


...Rindu mak di kampung...
(AKU INGIN PULANG)


1 ulasan:

  1. rindu pada bonda juga... ;)
    limpahkanlh doa selalu buat bonda tsayang..
    Hanya yg Satu mampu mmbls pgorbanan dn kasih syg bonda buat kita...

    tak sbr nak balik!

    BalasPadam